5 Tips Meninggalkan Rumah di Musim Perayaan

AsSalam dan hi all,

Di sini ingin dikongsikan beberapa tips yang mungkin berguna pada mereka yang ingin meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung di musim perayaan. Semoga bermanafaat.

    1. MEDIA SOSIAL
      Sebaiknya tidak, tapi jika tak tahan sangat dan rasa perlu untuk dikongsi di media sosial kita nak pulang berhari raya di kampung dimana, bila, hingga sekian tarikh baru pulang, maka pastikan posting yang dibuat telah ditetapkan kerahsiaannya (privacy settings). Pastikan semestinya posting tersebut bukan pada tetapan Public.
    2. POLIS
      Isi borang maklumat balik ke kampung di balai polis berhampiran anda atau muat turun aplikasi mobile android VSP. Melalui aplikasi ini, anda boleh memaklumkan kepada pihak polis waktu pulang ke kampung supaya pihak polis dapat meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan rumah anda.
    3. MAIN SUIS
      Boleh periksa, dan off suis yang tidak diperlukan. Hanya biarkan suis yang diperlukan untuk on sepanjang anda tiada di rumah, sebagai contoh suis kepada power plug untuk peti sejuk dan modem wifi dan beberapa lampu luar rumah (jika perlu). Selain menjimatkan bil bulanan anda, ini juga untuk mengurangkan risiko kemalangan/kerosakkan semasa ketiadaan orang di rumah. (untuk pengalaman, kami pernah balik dari bercuti, salah satu plug seakan terbakar/cair…nasib baik rumah tak terbakar).
    4. KUNCI PINTU & PAGAR
      Kami yakin, kita semua pasti akan ingat untuk mengunci pintu dan pagar. Cuma pastikan ruang pintu atau pagar anda tidak dilindung/terselindung. Sebagai contoh, jika anda ada sebuah kenderaan lagi yang ditinggalkan, park kenderaan itu agar tidak terlalu menghadang penglihatan pintu rumah. Ini untuk membolehkan ruang/laluan akses mudah dilihat seterusnya membuatkan bakal penceroboh susah nak buat kerja mereka.
    5. WIFI
      Adalah baik jika dapat disepakatkan dengan warga taman perumahan anda, yang mana rumah ada internet dan wifi, boleh set nama wifi sebagai contoh PDRM-cctv atau cctv1 dan sebagainya. Untuk yang berkemampuan dan sempat sediakan kamera CCTV, pastikan kamera anda berfungsi dengan baik.

 

Ini antara 5 tips tambahan yang mungkin boleh diamalkan selain daripada tips-tips lain yang sering diingatkan. Selain itu, bagi yang muslim, diamalkan membaca doa serta sekurangnya ucapkan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ketika mengunci setiap pintu dan tingkap.

Sekian, selamat bercuti!