EID-Halal Korean Food, Bandar Baru Bangi, Selangor.

AsSalam dan salam sejahtera semua.

 

Image may contain: textSetakat pemahaman kami, makanan Korea sama macam makanan negara-negara lain, maksudnya contoh di Malaysia sendiri, ada yang style pedas-pedas macam di Negeri Sembilan, ada yang style manis-manis macam di Terengganu, Kelantan. Itulah uniknya makanan. Nak dijadikan cerita, mak mertua saya gemar menonton cerita drama korea, dan pada 10.12.2016 yang lalu, sedang dia menonton drama korea, ada lah saya bertanya “apa dia makan tu mak?” dan dari situ dia pun cerita lah jenis-jenis makanan Korea, berdasarkan apa yang di tengok di TV.

 

Then, dengan rasa penuh tanda tanya, saya pun buat carian semula di Facebook (sebelum ni dah pernah jumpa dan ada plan nak pergi, cuma tak jumpa kedainya) , seterusnya jumpa semula dengan sebuah kedai makanan Korea , EID-Halal Korean Food yang terletak di Bandar Baru Bangi. Then, tampa membuang masa, kami pun kesana pada malam itu.

 

Kedainya terletak di Bandar Baru Bangi, berhampiran dengan Satay Kajang Hj Samuri (Kompleks PKNS Bangi) & McDonald. Kedai corner-lot dan kawasan tidak terlalu sesak, so untuk kemudahan parking kereta memang tak menjadi masalah. Kami sampai ke kedai sekitar jam 9pm rasanya dan tak lama selepas tu, kedai penuh. So, if nak datang, dicadangkan datang sedikit awal, takut tak dapat meja or kena tunggu.

 

 

Overall, persekitaran simple, selesa cuma kurang terasa aircond/kipasnya so sedikit panas di dalam. Service ok, pesanan kami cepat jugak disiapkan. Ada menu yang sedap dan kena dengan tekak kami sekeluarga dan ada juga menu yang kurang menepati tekak melayu kami 🙂 apa pun, ok untuk dicuba bagi mereka yang sekali sekala ingin kelainan dalam pilihan menu makanan.

 

Saya mencuba “Kimchi Boggeumbab” yang mana seakan nasi goreng, tetapi menggunakan beras lain (mak mertua kata memang beras korea jenis bulat-bulat pendek-pendek) dan rasanya ok, boleh habis…hehehhe.

Yang pasti, menu yang disajikan adalah menu-menu makanan korea dan halal. Akan datang, insyaAllah kami nak cuba makanan Korea yang berasaskan daging pulak, tengok di TV macam best…hehehhe.

 

Terima kasih.

INFO
Facebook : EID-Halal Korean Food
Alamat: No 8-23-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Central, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Phone: 017-310 3227