Dotty’s Pastries & Coffee , Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur

AsSalam dan salam sejahtera semua.

Bagi pengemar roti/pastrie , dan kopi, jangan lepaskan peluang sekurangnya sekali untuk singgah ke Dotty’s Pastries & Coffee (Dotty) yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Dibuka dari 8pagi hingga 8malam (bergantung pada perubahan dari masa ke semasa), kedai Dotty ini saya terjumpa (alhamdulillah) ketika berusaha untuk cari tempat makan yang halal, unik dan sedap sempena meraikan ulang tahun kelahiran isteri yang ke 32 pada 2016.

photo_2016-11-16_00-15-16Pada hari Sabtu (5.11.2016), kami dari SS4 , Kelana Jaya hanya mengambil masa +-20 minit untuk ke TTDI (bergantung pada kesesakkan jalan raya). So, saya terpaksa memastikan wife dan anak-anak bangun dan bersiap seawal pagi untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya, kesukaran mencari parking dan kehabisan menu utama mereka 🙂

Alhamdulillah, kami agak mudah mendapatkan tempat parking (berbayar) yang berhampiran dengan kedai. Kami juga berasib baik, kerana masih ada beberapa meja kosong. Untuk yang sedikit lewat, harus menunggu atau hanya take-away.

Suasana kedai, sangat selesa dan menjanjikan kelainan. Aroma kek, roti dan kopi sangat enak. Para pelayan juga mesra dan membantu. Setelah melihat menu, kami bertanya pada pelayan beberapa soalan tentang menu-menu yang ada. Pelayan di sana dengan senang hati mengambarkan setiap menu yang kami tanya dan mencadangkan menu-menu pilihan (must try!). Akhirnya, kami pesan Big Breakfast, salted egg yolk filling doughnut dan minuman kopi.

photo_2016-11-16_00-17-13
Big Breakfast (Salmon)
photo_2016-11-16_00-16-54
Aneka Pilihan Roti

 

photo_2016-11-16_00-15-42

photo_2016-11-16_00-15-46

photo_2016-11-16_00-16-30

photo_2016-11-16_00-16-39

photo_2016-11-16_00-23-47

photo_2016-11-16_00-16-10
Mesti Cuba!

Masa menunggu tidak lama. Makanan sampai, kami terus snap beberapa gambar sebelum mula makan! Yummmmmmmyyyyyy! Memang terbaik dan puas hati. Sedap! Kemudian, sekitar jam 9pagi atau 10pagi, Dotty mula mengeluarkan menu utama dan pilihan ramai, salted egg yolk croissant doughnuts! Saya memang menunggu menu ini. Kami pesan 1 pcs (sebab dah mula nak kenyang, takut tak habis makan pula) untuk cuba sendiri rasanya.

 

 

photo_2016-11-16_00-16-15
Salted Egg Yolk Croissant Doughnuts

Saya, tampa ragu-ragu, istiharkan salted egg yolk croissant doughnuts di Dotty adalah pastry paling sedap dan puas hati dimakan seingat saya! Tapi ia akan mula dijual pada jam 10am (rancang perjalanan anda) dan cepat sold out! InsyaAllah, di lain waktu, saya akan usahakan untuk kembali bersarapan di Dotty jika berkesempatan.

 

photo_2016-11-16_00-56-25
Take-away

Sebelum kami pulang, kami pesan beberapa jenis roti untuk dicuba di rumah (sebab dah kenyang….hehehhe). Wife dan anak-anak sangat gembira dan berpuas hati, jadi saya sangat mengesyorkan kepada semua untuk mencuba sarapan, makan tengah hari atau minum petang di Dotty’s , TTDI, Kuala Lumpur ini.

 

Terima kasih.

INFO
Facebook : Dotty’s Pastries & Coffee
Alamat: 20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 03-7733 4233