Jagung Manis

Assalamualaikum. Entry 1 April 2018.

Terajin sangat apabila terbeli jagung dari parents kawan sekelas anak, Luqman semalam. Harga jagung rm10 untuk 7 tongkol. Jadinya google la resepi jagung susu. Resepi dari:


Mudah je. Esok cari bahan yang tiada seperti susu kotak penuh krim dan mentega. Bahan lain ada. Dalam resepi ada yogurt. tapi saya tak letak yogurt, yogurt yang di jual dalam bekas besar, nak guna sikit sahaja nanti tak habis pula.

Bahan bahan nya.

  • Separuh susu kotak. separuh lg simpan dulu boleh di minum
  • Sedikit mentega
  • Sedikt cheese. Kat rumah ada mozarella cheese.
  • Sedikit susu pekat
  • Sedikit garam

Cara-Cara

  1. Panaskn susu atas api yang perlahan. Masukkan mentega, cheese.
  2. Kacau 1 minit dan masukkan jagung.
  3. Tutup periuk. Beberapa minit kemudian kacau dan tutup periuk lagi.
  4. Selepas 4 minit, terbalikkan jagung, supaya jagung sebelah lagi masak.
  5. Boleh dihidangkan.

Ikut step. Siap. Dah makan. Boleh tahan rasanya sbb jagung yang dibeli tu memang manis.