Mista Burger

AsSalam and hi all. Asalnya beli daging kisar, nk try buat masak spaghetti. Tapi macam malas pulak nak buat and masak, so bila fikir simple menu, baru dapat idea nak try buat burger je. So, ini kira main buat aje lah.

Bahan:

  1. Daging kisar (500g+-)
  2. Bawang merah  (1 biji)
  3. Bawang putih (4-5 ulas)
  4. Halia (+-2cm)
  5. Mix herbs ( 2 sudu)
  6. Serbuk Black paper (1 1/2 – 2 sudu)
  7. Serbuk paprika (1 sudu)
  8. Telur (optional)
  9. Cheese (optional)
  10. Timun / salad (optional)
  11. Sos cili/mayo (optional)

 

Cara buat:

  • Pastikan daging dalam suhu bilik sejuk, tapi tak frozen or terlalu berair.
  • Potong bawang merah, bawang putih and hali, cincang halus2 tiga bahan nih.
  • Then, masukkan dan campur pada daging beserta bahan rempah (mx herbs, black paper, paprika)
  • Uli, mix hingga sebati/rata bahan2 yang dicampurkan.
  • Then, bahagiankan pada 8 bahagian (or ikut suka la nk besar mana burger tu nanti)
  • Uli jadi bulat…then rehatkan dalam peti sejuk (3-5 minit)
  • Then, keluarkan dari peti sejuk and ratakan ikut ketebalan yang sesuai…
  • Then simpan semula dalam peti sejuk beku or terus masak.

Cara masak:

  • Terpulang, ikut skill dan keselesaan masing-masing.
  • Saya just masak atas pan,
  • Letak sedikit mentega…then letak daging and tutup supaya haba panas tak terlepas keluar & boleh bantu masak lebih rata…
  • Timing 5 minit, then flip side untuk 4 minit, then off apa untuk 5 minit
  • Then on api, 4 minit, then flip site 4 minit lagi.

*Untuk proses masak, api sederhana-kecil sahaja & sentiasa tutup atas pan supaya haba tak dibazirkan. Once flip or letak daging, tak perlu diusik, just biarkan pan masak & buat kerjanya.

 

 

 

Ikut kesesuaian dan citarasa, boleh la letak chees masa final flip or telur…

Selamat mencuba.