Sazli & Idura

Posting ni bertujuan flash back selain backup semula webpage sazliidura yang asal. Untuk makluman, web sazliidura.com ini mula wujud semasa kami sedang dalam proses menguruskan majlis pernikahan kami.

 

Wan Sazli Nasaruddin b Saifudin dilahirkan pada 10 Oktober 1984 di Banting, sementara pasangannya Idura Zulkefli dilahirkan pada 4 November 1984 di Petaling Jaya. Kedua-duanya berasal dari Selangor.

Wan Sazli lebih di kenali sebagai ‘Alter’ di kalangan rakan-rakan manakala Idura di kenali sebagai ‘Kecik’. Mungkin kerana saiz badan yang kecil. =). Panggilan manja antara kami berdua adalah Abang dan Ayang.

Mendapat pendidikan awal di SRK Sri Langat dari 1991 hingga 1996.  Wan Sazli kemudiannya tinggal bersama bapa saudara En Shahrul Radzi b Hj Omar dan isteri, Rokiah bt Md Nor di Subang Jaya selama hampir 3 tahun. Menamatkan tingkatan 1-3 di SMK Subang Utama, Subang Jaya, beliau kemudiannya diterima masuk ke SM Teknik Tuanku Ja’afar, Ampangan, Negeri Sembilan dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan menamatkan pengajian di peringkat SPM. Sebelum menyambung pengajian di peringkat tinggi, Wan Sazli telah bekerja sambilan di beberapa tempat bagi mendapatkan pengalaman. Pada tahun 2001, Wan Sazli kemudiannya di terima masuk ke Kolej Universiti Teknikal Kebnagsaan Malaysia (KUTKM), Melaka dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Idura Zulkefli pula mula memasuki alam persekolahan di Tadika Kemas Kelana Jaya. Setelah 2 tahun,  pengajian diteruskan di SRK 2 Kelana Jaya dan seterusnya di SMK Seaport. Kini, SMK Seaport dikenali sebagai SMK Sri Permata. Sementara menunggu kemasukan ke peringkat lebih tinggi, beliau telah bekerja secara sukarelawan di Pusat Sains Negara. Pada tahun 2001, Idura kemudiannya di terima masuk ke Kolej Universiti Teknikal Kebnagsaan Malaysia

Kami sama-sama belajar sebagai rakan sekelas, rakan sekumpulan di KUTKM. Setelah tamat pengajian diploma pada tahun 2005. Idura telah bekerja sementara Wan Sazli meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Multimedia) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Sejak dari itu, kami tidak berjumpa atau berbual sehingga pada 17-November 2007 apabila rakan sekelas mengadakan reunion DIT di Pantai Puteri, Melaka.

Hubungan kami masih sebagai rakan biasa. Setelah tamat Ijazah Sarjana Muda, Wan Sazli meneruskan pengajiannya di peringkat Ijazah juga di UTeM manakala Idura berada di Kelana Jaya.

Di sekitar Aug 2009, Kami mula bertegur sapa melalui Yahoo Messenger dan perhubungan kami sebagai rakan kian rapat. Kami berjumpe pada 17 October 2009 sempena majlis perkahwinan rakan Idura di Melaka. Semenjak tarikh itu, hubungan yang terjalin kian rapat dan akhirnya kami mencapai persefahaman untuk hidup bersama.

Pada Februari 2010, keluarga Wan Sazli menghantar rombongan merisik sebagai tanda menginginkan hubungan yang lebih serius antara dua pasangan ini. Semasa perbincangan, kedua pihak memutuskan untuk bertunang pada Jun 2010. Kini, kedua pasangan akan mengikat perhubugan secara sah pada 31 December  2010 dan meraikannya bersama para tetamu pada 2 Januari 2011.