1 Hari Dari Southampton Ke Kedutaan Malaysia, London

AsSalam and hi all.

(terlebih dahulu, sorry banyak gambar selfe..heheheh) Atas urusan yang perlu dibuat di Kedutaan Malaysia di London (pengesahan dokumen untuk jual beli kenderaan & tutup acc TM di Malaysia), maka kena la ke London. Sebelum pergi, readykan dokumen/surat yang nak disahkan, dan hubungi pihak kedutaan untuk sahkan masa oeprasi & dokumen-dokumen lain yang mungkin perlu (FB: Malaysian High Commission, London). Alang-alang dah ke sana, maka datang lah idea untuk jalan-jalan dari pagi ke malam. Next, booking ticket National Express. Masukkan pilihan tarikh dan masa, then search. Harga tak tetap, mengikut masa perjalanan dan tarikh. So saya ambil yang murah-murah je (jimat, supaya boleh makan lebih, heheheh) dan sesungguhnya tiket awla pagi dan lewat malam macam murah. Menepati nawaitu untuk urusan rasmi & berjalan, maka tiket beli untuk bertolak 5.30am dari Uni Soton ke terminal bas Victoria dan balik pada 10.30pm. Total GBP14.20 untuk return. Untuk memudahkan, simpan gambar QR Code tiket bas di handphone (saya simpan di Telegram app) and sebaiknya print jugak lah simpan dalam bag, in case handphone anda habis kuasanya.

 

 

So, tarikh dan masa dah selesai. Dokumen penting dan utama (surat yang nak disahkan) pun dah selesai. Tiba masa untuk merancang aktiviti dan perjalanan. Macam biasa, kita mulakan dengan membuka Googlemap. Saya cuba aim 1 tempat yang nak dituju & susun tempat-tempat lain dalam perjalanan yang sama supaya jimat masa, tenaga, kos dan tak terkejar-kejar. Saya aim nak ke Kedutaan Malaysia –> Big Ben –> Kedutaan Malaysia. Then sepanjang perjalanan cuba cari atau lalu kawasan yang menarik untuk dilihat and kedai makan & minum yang macam best untuk dicuba. So, berikut list asal perancangan pergi saya;

 

Untuk info, dokumen saya perlu collect semula di kedutaan pada jam 3.30pm-4pm. Then, Googlemap pun just benarkan kita set max 8 point dalam 1 perjalanan, so just cukup 8 point nih. Lagipun, sepanjang perjalanan akan lalu tempat yang tak terfkir wujud pun. So kita tak perlu terlalu detail or cerewet…hehehhe. Then, memang sengaja tak nak naik public transport, just nak berjalan (jauh menapak, boleh makan banyak).

Then, plan untuk selepas 4pm pula,

*Ingat yer, ini kan perancangan ajer…hahahha, larat ke tak nak jalan? nantikan kesudahannya…

Ok, selesai semua nih, ikut logik dah boleh jalan. Then kita buat jugak lah carian info cuaca & lokasi surau yang terdekat. Sediakan cash cikit dan plan bekalan nak dibawa. Saya just bawa tshir 1 (kot2 perlu salin pakaian), Kinder Bueno 1, Air botol mineral 1, Headset, powerbank and semestinya dokumen penting yang nak disahkan & passport & BRP card. Siap pack bag galas, yang tak berat dan selesa untuk jalan. Saya juga bawa sarung tangan and beanie, memandangkan mengikut semakan cuaca, kemungkinan hujan (tapi tak la lebat, boleh jalan lagi & tak perlu payung).

Pada masa sama, saya try search and joint juga group FB komuniti di London, untuk daptkan sedikit info. So saya joint group FB Malaysian Students Goods Exchange – London and kat situ saya jumpa iklan Nasi Kerabu & Kuew Tiau Goreng dari Fara’s Kitchen. Disebabkan teringin nak makan nasi kerabu, so saya PM and deal untuk collect order di kedutaan. Untuk makanan Malaysia, GBP14. Kebetulan suaminya pun kerja di kedutaan Malaysia, so mudah lah untuk deal, if tak kena jumpa puan yang jual di station2 metro/sub tertentu.

Next, search untuk kedai roti/kek yang boleh dicuba, kedai kopi yang boleh dicuba and kedai makan yang boleh dicuba. Sedaya upaya kena lah cari yang Halal, if tak jumpa, maka makan je bekal yang bawa….jangan sebab nak cuba or berjalan, kita belasah aje ikut sedap tekak….wokey!

Last sekali, pastikan tido awal, esok boleh bangun awal…al maklum, tiket bas jam 5.30am jer….

 

 

 

 

Hari kejadian.

Sekitar 3.45am dah jaga…siap-siap solat dan sarapan, terus ke tempat tunggu bas. Nasib baik tak jauh dari rumah. Bas sampai dan bertolak ontime. Alhamdulillah sampai ke Vctoria Station pun ontime (awal beberapa minit). 7.45am rasanya, dan kedai pertama yang nak dituju pun belum buka (dia buka 8am) so kita tunggu dulu di station and 5 minit sbelum buka kita ke kedai, dekat je kedai Dominique Ansel Bakery London.

Di Victoria Coach Station
Di luar Victoria Coach Station

 

DKA & Cronut dari Dominique Ansel Bakery London

Hadapan Dominique Ansel Bakery London, betul-betul diluar Victoria Coach Station

 

       

Dah aim menu…sebab dah search and bertanya….makan kat sini, terkenang makan kat Dottys, sama sedap. Alright, selesai makan, rehat dulu and 850am baru mula jalan ke kedutaan. Jarak tak jauh. Untuk urusan dokumen, sampai di hadapan kedutaan, ada tangga turun bawah, then ambil nombor mengikut jenis urusan. Datang awal, orang tak ramai & urusan (tak) cepat (tapi ontime) & lancar. Kat bawah ni juga ada disediakan toilet & surau. Ok, dokumen dah dihantar, bayar GBP9 untuk 3 dokumen. Rehat sekejap sambil caj bateri. Then mulakan perjalanan ke Big Ben.

Cuaca mula hujan, awal pagi tadi,  so perjalanan ditunda hingga jam 1130am. Sempat la lelap mata dan caj handphone dulu. Jalan tak perlu rushing or tak juga slow sangat…agak-agak ikut kemampuan and boleh panaskan badan. Sepanjang perjalanan, cuci-cuci mata tengok bangunan dan taman-taman yang ada sekitarnya. Tak berhenti sangat, takut terleka lama & habis banyak masa pula. Just keep walking.

 

Hujan pun dah mula berhenti and ramai juga pelancong yang ada. Meriah (tapi tak sesak) walaupun hari bekerja.

  

Ada banyak jugak muzium & galeri yang boleh singah dan masuk. Cuma tak plan nak masuk, just tengok dari luar dulu, insyaAllah di waktu lain, masa jalan dengan family or kawan2. Sama juga di St James Park nih. Luas jugak dan ada macam-macam haiwan jugak. Antaranya tupai yang macam jinak tak takut orang nih. Untuk perjalanan nih, saya tak masuk tengah park, just jalan luar sahaja. Jalan terussssss jangan belok2 😀

Then, sampai lah ke area Big Ben nih…and yes, sedang buat renovation. Kat sini rehat jap, makan bekalan & coklat. Minum ciket untuk refill tenaga. Now aim untuk makan lunch pula. Masalahnya, handphone dah mula nak habis power & powerbank pula macam lupa caj penuh semalam, hehehhehe….ok, ingatkan nama kedai yang nak dituju and just jalan….

Sepanjang perjalanan, ada lagi beberapa tempat menarik, boleh la singah-singah. Antaranya, The National Gallery
King George IV statue @ Trafalgar Square, The Cenotaph dan beberapa lagi. Just jalan dari Birdcage Walk ke Great George St, kemudian lalu Parliament St untuk ke destinasi lunch.

Bila dah nak dekat kawasan kedai, time tu la handphone off…adeh…try “bagi CPR” guna powerbank, dapat la 2% hidup semula dan jumpa kedai yang dituju. Siirgista Bros , Alhamdulillah, boleh makan, Nak order pun mudah, anda boleh follow macam saya buat nih , pergi ke kaunter dan cakap “Hi, … Yes, eat in… whats is your best burger and drink?” so orang kedai syorkan burger BBQ and vanilla shake dia…layankan je… sedap jugak.

BBQ Beef Burger & Not Just Vanilla Shakes dari Siirgista Bros

Sambil makan, sambil caj handphone….selesai makan, handphone pun sekitar 60% penuh, boleh la mula sambung jalan. Arah dituju adalah balik ke kedutaan untuk collect dokumen and laluan pun diubah cikit banding perancangan awal.

Nice, sampai-sampai, orang dah ramai…..tapi itu untuk collect dokumen lain…cuma tak berapa cantk, main kerumun and 1st come 1st collect tak perlu ambil nombor or beratur sangat..ini boleh cuba dibaiki akan datang kot.

Alright, urusan rasmi selesai….next? Next, dah penat…hahahahha nak fullfill plan 2nd ke Malaysian Hall pun rasa macam tak larat, memandangkan kemungkinan hujan turun semula, sejuk and dengan itu, perancangan diubah. Tuju ke kawasan Victoria Station semula…untuk minum petang.

Makan petang, kita try 1/2 lasagnia cendawan nih kat Mister Lasagna...ok lah, sedap sebab panas2. Then search arah ke surau berhampiran.

Mushroom Lasagna dari Mister Lasagna

Solat di Victoria Islamic Cultural & Education Centre

Selesai solat, kembali ke Victoria station. Nak jalan dah letih sebenarnya, so just hangout tunggu bas. Boleh la makan malam sambil tu. Alhamdulillah sedap and kenyang makan.

Kuew Tiau Goreng Fara’s Kitchen

Ontime, naik bas untuk balik. Macam biasa, tak boleh duduk belakang sangat, pening nanti.  Jenis tak kuat naik bas sebenarnya.

 

Ringkasan kos:
Tiket National Express ruturn : GBP 14.20
Pengesahan 3 dokumen : GBP 9
Makan  Fara’s Kitchen : GBP 14
Makan & minum Dominique Ansel Bakery London. : GBP 14
Makan & minum Siirgista Bros : GBP 13.17
Makan & minum Mister Lasagna : GBP 6.60
Toilet entry (2x) : .60p
—————————–
Total : GBP 76.97
—————————–

InsyaAllah next time jalan and explore lagi. Hope ada info berguna untuk yang plan nak ke London.

*Oh ye, sampai rumah lewat malam, konon nak tidur, tapi terpaksa delay, sebab panaskan & makan nasi kerabu dulu…hehehhe, baru lah boleh tidur lena.

**If perlukan contoh dokumen surat rasmi untuk TM , boleh muat turun di sini. Surat nih kita tanda tangan, then bagi pihak kedutaan cop sahkan, then email pada wakil di Malaysia untuk urusan seterusnya.

Nasi Kerabu Fara’s Kitchen