Cuti Easter ke Edinburgh , 5H4M

AsSalam and salam sejahtera all. Plan ke Edinburgh ni, selain nak tengok tempat2 menarik and backpack, adalah untuk temankan kawan si Sarni yang teringin nak jalan ke Scotland area sebelum balik selesai urusan Postdoc dia di Coventry. Masa yang ada pun, time cuti sahaja, so kami set pergi time cuti Easter. Untuk student undergrad, cuti sebulan….kami just seminggu aje… ( nasibb…… ) Agak last minit juga digagahkan untuk pergi, kalau dilewatkan seminggu boleh la family joint (wife & anak2 sampai insyaAllah 20hb nanti). So, kita jalan dulu…

Kami cuba berjimat, so kami mulakan dengan cari tiket flight semurah yang boleh. Plan asal 15hb – 18hb, tapi selepas check flight time yang ada, untuk 18hb dari Southampton paling awal petang, so macam bazir masa, and kos tinggi cikit. Then decide, pergi 14hb malam, akan overnight di Airport or mana-mana kedai yang open 24/7 kot….deal, pergi 14hb, balik 18hb pagi. Tiket flight return Southampton – Edingburgh GBP160.49 beli sendiri-sendiri di web Flybe.

Next, untuk hotel, mula-mula try tanya Travelodge, dapat harga murah (Friends & Family) cumanya hotel yang dapat tu bahagian pingir city. Untuk hotel di city center area, harga tak dapat murah macam Friends & Family then ada kena tukar hotel hari kedua rasanya coz hotel penuh. Untuk urusan hotel, diserahkan pada Sarni, so dia bookingkan dulu di Piries Hotel melalui Booking.com.

If cari, ada je lagi murah, style hostel. Tapi untuk keselesaan & keselamatan, selain lokasi yang ok, kami pilih hotel nih sahaja. Selesai bab flight ke sana & penginapan…now bab paling susah, plan aturcara/aktiviti yang nak diisi. Then si Sarni boleh buat lawak, sampai sana baru nak plan….adehhh….hahahhaha

Alright, di pagi hari nak naik flight, pergi city center dulu untuk beli kasut yg sesuai, memandangkan kasut sedia ada tapaknya macam dah kurang ketebalannya. Disebabkan memang plan nak berjalan, maka cari kasut yang selesa & harga mampu milik…beli di DirectSport, kasut dengan tapak memory foam nih memang selesa, ditambah 1 lagi layer untuk keselesaan tambahan.

Then balik rumah, kemas barang dan rest sekejap, sebelum naik bas ke airport Southampton. Sampai on-time and terus masuk ke kawasan menunggu pelepasan. Di airport ni, rasanya tak ada bilik solat, tapi tandas dia ok, bersih & selesa nak guna & ada tempat boleh refill air minum jika perlu. Make sure passport & boarding pass & BRP card dibawa. On-time, gate dibuka.

Alhamdulillah, sampai di airport Edinburgh dengan selamat awal pagi. Member sorang lagi dari Birmingham belum sampai, so as plan, kita cari prayer room and akan berhomeless kat airport sehingga subuh. Sambil2 tu riki2 transport ke hotel, perkhidmatan bas Airlink 100 ada dan operate 24jam setiap hari. so, tak perlu risau.

Di airport pun ada banyak info tempat dan aktiviti, boleh la ambil risalah yang ada dan baca2. Then, baru sedar, list tempat nak pergi yang dah ‘plan’ rupanya tertinggal dalam laptop and lupa nak salin ke any online platform (telegram or email) untuk review…so..yup…plan semula, and ingat beberapa tempat (kedai makan) yang nk tuju/try….

Prayer and quiet room, boleh la solat kat sini. Tapi tiada ruang untuk ambil wudu, gunakan kreativiti anda untuk berwudu di toilet sebelah or ambil siap2 di rumah sebelum naik flight ke sini. Sejadah ada disediakan dan arah kiblat ada ditunjukkan.

 

Jangan terkejut or takut, dalam macam church, ada kerusi2 dan layout macam nih, as bilik nih dikongsi untuk semua agama. Gunakan dengan cermat & jangan bising sudah.

Kami and yang lain ‘rehat’ di kawasan ni. Sambil bincang perjalanan dan baca2 risalah tempat2 menarik yang ada. Di bahagian atas ada juga tempat boleh duduk dan tunggu/rehat yang lebih selesa sedikit dari bawah nih. Tapi kami pilih rehat kat sini hingga subuh sebab dekat dengan prayer room & toilet.

Ok, selepas sarapan dan pekena kopi di Costa, kami pun tunggu bas untuk ke hotel dari airport. Beli tiket pergi dan balik open. Bas selesa dengan ruang letak bag yang disediakan.

Sampai ke hotel, kami cuba nasib, if boleh check in awal. Sepatutnya 2pm check in, tapi 6am kami dah sampai….hehhehe, staf yang ada macam tak yakin nak bagi check in awal, so tunggu supervisor dia sampai nanti baru check. Around 7am rasanya, supervisor dia sampai and after check system, dia bagi kami check in awal, memandangkan bilik memang ada dan kosong untuk kami and si Sarni berjaya buat muka letih untuk yakinkan dan bagi staf hotel kesian dengan 2 org traveler nih..hahahah…alhamdulillah.

Bilik tingkat 3, tak ada lif. Bilik selesa. Dengan masih ‘weng’ sebab tak cukup tidur, kami dah plan untuk rest dulu, around 10am or 11am baru keluar hotel and jalan-jalan. So, mandi then tido……

Around 1130am jugak lah, baru keluar bilik masing2 and plan untuk jalan dekat2 dulu.

Sebulat suara, destinasi pertama nak dilawati adalah kedai makan…hahaha, lapar jugak kot. So ada kedai makan halal yang dekat dengan hotel kami ni, The Chicken Crew. Sedap makanannya, ditambah pula memang sedang lapar….

Once makan, mula jalan menuju Royal Mile & Edinburgh Castle as kami plan untuk cover dua tempat ni hari nih.

Di belakang ni, Edinburgh Castle
Edinburgh Castle dari taman di bawahnya
Pemandangan kawasan Royal Mile dari taman dibawah Edinburgh castle

Dataran hadapan Edinburgh Castle

 

Sebelum masuk castle….kita refil tenaga dengan 1 cone ice-cream dulu!

Untuk mausk Edinburgh Castle perlu beli tiket. Tiket ada je dijual di pintu masuk dia. Once habis makan ice-cream and dah duduk sekejap rehat, kami mula explore castle.

Once di dalam, ada tempat boleh pinjam headphone yang ada audio ceritakan fakta2 dan sejarah castle ni, sesiapa yang minat boleh la dapatkan. Kami just jalan tengok view jer…

Pada map yang dibekalkan, ada banyak point menarik dengan sedikit info. Boleh baca2.

Kalau boleh, elakkan la naik or duduk atas meriam nih, macam kurang sesuai pulak. Tempat orang. Untuk info, around 1pm setiap hari, pihak istana akan tembak meriam angin, so kalau sampai ontime or berada berdekatan kawasan istana, boleh la dengan bunyi tembakan meriam…

Sedang tengok map…kami tak larat nak explore semua…so pilih beberapa yang rasa macam best untuk check.

Di dalam kawasan Castle ni ada juga cafe, so boleh la if penat untuk singah minum. Check la menu yang ada yang mana rasa sesuai boleh dimakan/minum. Kami just beli Mocha & brownies ni aje…Then, sambung jalan ciket lagi sebelum keluar dari Edinburgh Castle nih. (Memang letih jugak jalan….and rasa sangat berbaloi investment pada kasut baru tu…hahhaa)

Di depan dataran Edinburgh Castle mengadap Royal Mile. Banyak kedai2 jual cendera mata/hati di jalan nih, tapi rasanya kedai 1st macam harga murah jugak.

Kami singah kedai 1st untuk beli sedikit souvenir. Ada juga kedai peminat Harry Potterdi bawahagian bawah kedai nih. Untuk kali nih, just beli poskad aje. Next, kami jalan menuju tempat untuk lunch & solat. Berdekatan dengan University of Edinburgh, ada masjid & tempat makan (The Original Mosque Kitchen & Cafe) yang kami dah aim untuk singah.

Masjid Edinburgh Central Mosque hanya sebelah/dekat je dengan tempat makan. Selesai solat, kami jalan keluar dan singah tempat makan lagi, untuk tapaw as dinner di hotel nanti. Kami singah ke kedai Kebab Mahal pula.

Kedai halal lain. Tapi kami tak sempat nak singah.   

Kami jalan balik ke hotel dan sengaja tak naik public transport yang ada. So dalam 10pm mungkin, kami sampai ke hotel…rest, mandi, makan then tido untuk simpan tenaga jalan esok pula.

 

Next day!

Asalnya semalam janji lepas subuh boleh siap2 then sarapan kat kedai berhampiran sebelum mula explore naik tour bus. Tapi member boleh pulak lewat and request delay (letih berjalan semalam ler tu….+-21,000 steps menurut apple watch si Sarni). So, alang2 dah siap, turun untuk sarapan. Either lapar or sedap (fresh) , siap tambah seketul lagi makan. Sambil tu jugak, dok tulis poskad untuk pos kejap lagi plannya.

 

Tak lama lepas tu, member siap. So boleh le jalan. As plan, hari nih kami nak naik bus tour. Kami pilih Majestic Tour yang cover sampai ke area pelabuhan/laut. Kira perjalanan jauh if nak jalan sendiri and kami nak ke kawasan Arthur Seats (niat nk naik atas, sebab tu ok je bagi member sorang tu rehat cukup2, dia x tau azab yang menanti nanti…hahahah).

 

Kami tak la naik kapal tu. Ceritanya kapal nih anatara kapal yang ratu England dok bawa pelawat kenamaan untuk santai sebelum dia hadiahkan dan tempatkan kapal nih kat sini sebagai tarikan pelancong. Kami just masuk mall yang ada sebelah dia nih, untuk makan ringan….kesian member sorang tu tak sarapan lagi… Then kami naik bas semula untuk ke Arthur Seats tu. Dia dekat dengan kawasan parlimen. Pada map yang dibekalkan, ada list check point yang kita boleh pilih untuk turun/naik. So, terpulang ikut pilihan sendiri. Disyorkan untuk layan 1 round ddk atas bas je. If ada masa. Then 2nd round baru la turun mana-mana yang rasa nak turun and explore. Just pastikan ingat bila next bas akan datang untuk balik.

 

Yes, sudah sampai. Member dari tadi kata tak nak naik…tinggi, jauh..penat…semua lah….hahahah, kena la kita pandai2 goreng and bakar2 ciket….rugi dah sampai tapi tak naik…ala, bukan jauh sgt..jalan pun landia jer…. pakcik makcik tua2 pun steady je naik tu (sambil dok tunjuk kat warga emas yang jalan) and budak2 pun naik steady jer…. hahahaha, then, its on…kami mula jalan naik…member tu pulak ada niat nk kena peraga kain batik yang member-member opis dia bagi aritu….layankan….

ini kira 1/2 perjalanan…tak curam sangat…masih steady, tp memang penat jugak…fuhhh…

Sempat la posing kain batik dia sebelum sambung jalan lagi 1/2.

Next stage agak sedikit curam dan time nih lah terdetik “buat apa lah aku pi naik sini” hahahhaha….beberapa kali stop jugak, akhirnya….Yup….ini kami dah sampai puncak….

Take time rehat sekejap…alhamdulillah masa nak naik nih cuaca baik…just tak lama lepas kami dah sampai atas, baru cuaca macam nak hujan and mendung ciket. So, its a good time to get down…..yang magicnya…..naik punya lah lama and penat….turun punyalah senang dan sekejap ajer…..hahhahah, then sampai bawah, layan la ice cream dulu, konon nak recover tenaga yang hilang tadi…

Kami jalan kawasan sekitar, ada istana tapi tak boleh masuk, dah lewat. Then bangunan Parliament pun ada, tapi kami tak masuk…then tunggu bas untuk balik and plan untuk singah tempat makan.

Untuk balik ke city center, tour bus akan lalu Royal Mile, so kami plan untuk turun and cari kedai makan lunch, agak lapar jugak.

Time ni pulak ada kawasan ditutup, sebab ada himpunan tunjuk perasaan geng2 pencinta alam/cuaca….tapi keadaan terkawal je.

Ada 2 kedai makan (halal) nih, yang dekat, bahagian bawah ada kedai Yum Yum nih, kami cuba kedai yang bawah nih.

Selesai makan, siap-siap untuk sambung perjalanan balik….tapi sebab dah lewat, bas tour dah stop perkhidmatan, maka terpaksa lah kami menapak jalan slow balik…tak jauh sangat dah pun. Bagusnya berjalan santai2…kita boleh tengok lebih banyak view and enjoy it.

Disebabkan kami berjalan, maka cepat lah lapar. So, untuk dinner kami singah ke kedai yang dekat dengan hotel. Restaurant Omar Khayyam [TripAdvisor Review]. Alhamdulillah, makanan dia boleh tahan, nasi and lauknya ok…cuma kurang best sebab kedai nih ada jual wine jugak…

Selesai makan, kami balik ke hotel and rest untuk esok pula.

 

Next Day!

Untuk hari nih, perjalanan agak santai, more pada tengok tempat dan makan, sebelum beli souvenir. Kalau boleh tak nak terlalu letih or russhing sangat, memandangkan kami plan untuk malam ni rehat awal dan esok pagi sebelum subuh untuk check out menuju airport.

Memandnagkan birthday member nih dah nak dekat, kami jalan tuju ke Cuckoos Bakery. Kedai ni ada 2 cawangan and mereka nih winner of the “Best Cake in Scotland” 2014/15 2015/16 and 2017/18! So, kita cari & cuba…dari hotel ke kedai terdekat +-20 minit, and member sorang nih sangup jalan, so kita jalan lah (kena tanya 1st, supaya nanti dia tak boleh merungut jalan jauh2…hahahha)

Yes, memang berbaloi lah jalan 20 minit, makanannya sedap , tempat pun bersih dan selesa. Nice. Then, kami start jalan untuk sebuah masjid terdekat yang kawan di Southampton syorkan…..check map, +-20 minit lagi….sekali lagi tanya member sangup tak nak jalan????? dia kata on….so kami jalan….perjalanan pun merentas beberapa taman…so agak santai…slow and steady je jalan sambil bergosip…hahahha

Sampai ke Dar Al-Arqam Mosque, untuk rest and solat.

Selesai solat, sambung perjalanan ke ekdai makan untuk lunch. Kami rentas Bruntsfield Links & The Meadows untuk ke destinasi lunch. Kira ok lah, lepas makan kek, berjalal buang lemak ciket sebelum refill lagi lunch nanti….sambil2 layan view sekitar.

Sampai ke kedia makan, Verdo. Makanan dia ok, tempat pun bersih & selesa.

Selesai makan, kami ada option sama ada nak naik bas or jalan je untuk balik ke area city dan beli souvenir sebelum ke airport awal pagi nanti. Tanya2 pada staf kedai, dia kata pun boleh naik bas, or jalan tak berapa jauh + dapat tengok2 view sekitar lagi….. Selepas yakinkan member jalan tak jauh, kami pun agree untuk just jalan slow2…sepanjang perjalanan ada lah nampak beberapa kedai makan halal and tempat yang boleh singah2…

Singah makan (lagi) Fish & Chips kat Sir Walter’s Cafe in the Gardens

Last view Edinburgh Castle sebelum pulang.

Seperti diduga, lewat malam terasa lapar pulak. Nasib baik ada kedai makan halal berhampiran yang masih bukak. So, siap2 and jalan ke Ali Baba Kebab House. Tapaw and makan di bilik hotel. Then boleh sambung rest.

Boarding pass boleh print percuma di kiosk yang ada di airport, just cuba datang awak untuk elak kesesakkan.

Selamat pulang ke Southampton awal pagi. Masa untuk balik rumah and sambung recovery rest!

 

Rumusan perbelanjaan;
Kasut & Cover : GBP 26.99
Tiket flight return (Southampton – Edinburgh) : GBP 160.49
Hotel (3N) : GBP 158.7
Tiket bas AirLink 100, open return Edinburgh airport – city : GBP 7.50
Tiket entry Edinburgh Castle : GBP 19.50
Tiket Mejestic Bus Tour : GBP 16.00
Makan & Minum : 6.15 + 5.50 +5.80 + 5 + 17 + 5.50 +12 + 10 + 5.55 + 10 = +-GBP 81.50
Others : 10+5 + 10 + 6 = GBP 25.00
———————————————
Total : +-GBP 501.68
———————————————