AsSalam and hi all.
Ahad sehari sebelum dijangka bermula berpuasa, plan untuk keluar berjalan dengan family. Tapi tak plan untuk jalan jauh and cuba ke tempat or buat aktiviti yang sesuai untuk anak-anak. Plan asal semalam, nak travel naik bas ke Southampton city center area. Tapi baru ingat, kebanyakkan jalan ditutup untuk beri laluan pada 1 acara maraton pagi ahad ni. Sementara anak-anak sarapan, try google alternative lain and jumpa la Eastleigh Lakeside Railway nih.
Check detail and web dia, nampak macam ok and lokasi tak terlalu terkesan dengan penutupan jalan pagi nih, so kami setuju untuk drive ke Eastleigh Lakeside Railway. Pack makanan dan minuman sedikit, bawa stroller untuk Muqri and kami bertolak sekitar jam +-10am as tempatnya tak jauh and buka pun dari jam 10am.
Perjalanan drive kami hanya +-10minit sahaja and kawasan parking free disediakan. Mungkin kami sampai awal, so memang tak sesak lagi. Kami beli tiket Return so akan naik mini train pergi dan balik. Tiket pun ada yang standart or first class, beza dalam 50p sahaja (tempat duduk beza sedikit).
Untuk peminat keretapi old school or cerita Thomas & Friends, tempat nih memang sangat sesuai lah. Train akan berlepas setiap 10 minit dan bergantung juga pada jumlah pengunjung.
Anak-anak dan mak bapak pun excited, naik mini train nih, dengan cuaca yang sejuk nyaman and alhamdulillah ada matahari pagi nih, tak la terlalu sejuk (sejuk ditambah train bergerak laju jugak) memang kami dan lain-lain enjoy ride nih. Oh ye, ada disediakn 2 gerabak di belakang untuk letak bag or stroller pada family yang memerlukan. Bekalan dan makanan boleh je dibawa, so memang mudah lah(just pastikan x buat sepah sudah).
Dari 1st station, kami turun ke 2nd station (Monks Brook) yang dekat dengan playground dan kawasan berkelah. Dari situ, ada juga laluan ke tasik berhampiran. Kami turun train and terus ke playground dulu, as anak-anak dah tak sabar nak bermain.
Time anak-anak dan isteri play around, as usual, kita ambil tanggunjawab duduk kat bangku sambil jaga barang-barang (hahahha, mengelat ciket…duduk tengok-tengok sambil makan bekalan!) Kawasan playground ni tak la besar sangat, tapi cukup je untuk buat anak-anak main and enjoy. Just pastikan sentiasa ada yang awasi anak-anak takut ada yang terjatuh or terlanggar and tercedera….nanti ada pulak yang menangis berlagu (+-1 jam kat sini, 3 budak menangis terjatuh…ish..ish..ish…..kesian)
Selain duduk jaga barang, makan bekalan…boleh la ambil masa baca-baca and belek-belek risalah yang ambil di main station tadi. Sebaiknya time macam nih, elakkan guna hand phone sangat. Bila anak-anak macam dah puas bermain, kami pun siap-siap untuk jalan ke kawasan tasik sekejap sebelum naik train balik.
Untuk info, kawasan nih ramai juga yang datang bawa haiwan peliharaan berjalan, just ambil tau info pada signage yang disediakan. Ada kawasan-kawasan haiwan seperti anjing tak boleh dibawa, or dilepaskan…so, tak perlu la risau sangat. Tasiknya boleh tahan luas and boleh la lihat beberapa spisis haiwan yang ada. Kami tak jalan jauh pun…
Haiwan yang ada, jinak la jugak, dia tak cepat lari or mengejar bila ada manusia datang, so boleh close view haiwan-haiwan nih.
Dah tengok itik, angsa, burung, cukup lah….pun dah letih and boleh gerak balik. Kami jalan balik ke 2nd station tempat turun tadi untuk naik train balik ke 1st station. Untuk balik, kami naik train hijauh nih…ada namanya apa tah lupa..heheheh.
Untuk perjalanan balik, akan lalu terowong…gelap and berasap la jugak dalam tu…tahan la ciket yer… Once sampai main station, kami singah cafe sekejap untuk merasa cocolate pie and hot cocolate dia…not bad. Layan la jugak.
Overall, anak-anak puas hari and enjoy. Lokasi tak terlalu jauh or crowded. InsyaAllah lain kali boleh la datang lagi. Untuk yang plan nak ke sini, kami cadangkan datang awal and pagi. If ada anak kecil, bawa la bekalan ciket and if perlu, pakaikan pampess siap-siap pada budak-budak. Bawa stroller if perlu untuk anak-anak yang tak larat nak berjalan sangat. Sebaiknya juga, pastikan anak-anak dah sarapan awal-awal sebelum datang, supaya dia orang ada tenaga and ready untuk bermain & explore!
Itu sahaja, kami pulang and singah town untuk beli barang dapur cikit sempena nak bermula Ramadhan, kami sekeluarga ucapkan;
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.
Saya memohon maaf di atas segala kesalahan
SEMOGA MENJADI RAMADAN TERBAIK KITA
Rumusan:
Tiket train return dewasa : £4.00 x 2 = £8.00
Tiket train return anak (2 tahun – 15 tahun) : £3.00 x 2 = £6.00
*Muqri free bawah 2 tahun.
Cake & Hot Cocolate : £2.80 + £2.50 = £5.20
————————————————————————–
Total : £19.20