Menaiki ETS Dari Gemas ke Padang Besar

AsSalam and hi all,

Atas urusan imigresen, kami sekeluarga terpaksa ke Padang Besar semula (baru balik dari On Road Dari Melaka ke Ao Nang, Krabi Thailand ). Memandangkan perjalanan kami di bulan Ramadan, kami membuat keputusan untuk ke Padang Besar dengan menaiki perkhidmatan Keretapi Laju (ETS) dari Gemas, Negeri Sembilan terus ke Padang Besar, Perlis. Koc mmg kami pilih koc C sbb koc C ada cafe. ( Beli secara online di www.ktmb.com.my )

Train / Tren : 9520 – ETS GEMAS – PDG BESAR COACH / KOC C
Origin / Dari : GEMAS 30-May-2017 21:10:00
Destination / Ke : PADANG BESAR 31-May-2017 05:00:00
———————————————————————————-
Train / Tren : 9525 – ETS PDG BESAR – GEMAS COACH / KOC C
Origin / Dari : PADANG BESAR 31-May-2017 19:40:00
Destination / Ke : GEMAS 01-Jun-2017 03:33:00
———————————————————————————-

ok mlm selasa 30/5/17, kami naik ETS dari Gemas ke Padang Besar.  Sampai di Padang Besar jam 5.00am. Kami sahur di station sahaja. Makanan dah beli dari train.

Station memang sunyi, kalau seorang bahaya juga. Semasa menunggu pintu station di buka, adalah beberapa orang offer pakej untuk ke hadyai. Kami baca blog sebelum ni agar tidak terpedaya dengan mereka kerana harga diorang offer agak mahal. Tak pulak tanya berapa. Pukul  6am untuk pintu stesen di buka, Kami jalan kaki ke imegresen Malaysia. Solat subuh dan mandi di situ. Kami bertanya kepada pegawai imegresen, katanya, pergi sahaja imegresen siam untuk urusan cop keluar.

Memandangkan imegresen siam agak jauh utk berjalan kaki. Sebenarnya boleh. Tetapi memandangkan sarat mengandung, puasa dan ada anak kecil yang tidak cukup rehat. kami mencari grab car sahaja. Nampak keadaan kami tercari-cari taxi, Ada seorang lelaki ini berhenti dan menghulurkan bantuan, dia dipanggil Mr Bean. Mmg ada rupa Mr bean pun. Berasal dr kelantan. So, boleh berbahasa melayu dan siam. Jadi mudah sikit untuk berkomunikasi. Mr bean ni la yang teman kami cop. Selesai. pergi pula ke imegresen Malaysia untuk cop masuk. Selesai. Mr Bean hantar kami ke dpn KFC Padang Besar.

Sampai Padang Besar semula, kami call Homestay Inapan Desa Felda Padang Besar sebab semalam dah tanya harga. Pakcik Ali pickup dr KFC. Bulan puasa memang tak da niat nak berjalan shoping window. Penat. Balik homestay tidur sahaja.

Alhamdulillah homestay Inapan Desa Felda selesa. Disertakan kad sebagai reference sesiapa sahaja. boleh call or WA.

Jam 6ptg kami dah nak kene ke train sebab train pukul 7.40pm. Pakcik ali bawa kami singgah tapau mknn berbuka d bazar ramadhan. semua habis mkn dlm ketapi. Tak membazir.

Sampai stesen gemas dlm 3.30am. ada kedai buka di stesen, bungkus nasi lemak utk sahur di rumah. 4.50am sampi rumah Melaka. Untuk makluman, kalau nak naik keretapi elok ambil di tampin jarak nya lebih dekat dr umah kami.

Gambar tak banyak di ambil kali ni

Rumusan Perbelanjaan:

Tiket ETS Gemas – Padang Besar : RM198.00(2 dewasa)
Tiket ETS Gemas – Padang Besar : RM54.00 (1 kanak-kanak)
Penginapan : RM60.00
Transport pergi balik Inapan Desa Felda :  RM20
Makan & Minum (bazar ramadan/train) : RM 50.00
Tambang ‘teksi Malaysia Thailand’ : RM20.00
Bayaran ‘suapan’ imigresen Thailand : RM6.00
Tiket ETS Padang Besar – Gemas : RM198.00 (2 dewasa)
Tiket ETS Padang Besar – Gemas : RM54.00 (1 kanak-kanak)

Jumlah : RM660.00