Misi Mencari Pokok Bunga, Pokok Buahan & Sayuran di Haskins Garden Centre West End

AsSalam dan hi semua.

Pengalaman pertama kami sekeluarga di musim panas 2019 ini, kami ambil kesempatan untuk cuba kemaskan laman rumah dan tanam sedikit pokok buahan atau bunga. Sebab, nampak di taman-taman, bunga-bunga cantik pada waktu musim panas ni. Kebetulan, pada 23.6.2019 yang lalu, kami ada ke kawasan sekitar Townhill Park, Southampton maka singah la ke Haskins Garden Centre West End.

Ruang parking kenderaan percuma ada disediakan. Kat sini, ada dijual pelbagai jenis pokok buahan dan hiasa, alatan berkebun, buku , pakaian, mainan, barangan outdoor dan juga ada disediakan cafe.

Rambang mata juga, pertama kali sampai. Suasana memang best sebab dipenuhi pelbagai pokok cantik-cantik. Untuk yang gemar berkebun, ini tempat wajib dilawati. Harga pun, ok, agak berpatutan dan tak terlalu mahal. Kami beli beberapa anak pokok strawberry dan tomato sahaja.

Selain pelbagai pokok, ada juga pelbagai maklumat berkaitan yang disediakan. Contohnya, maklumat masa sesuai untuk tanam pokok tertentu di negara 4 musim nih.

Selesai pilih pokok, kami singah ke cafe untuk check menu yang ada. Ok, boleh la oder makanan vegetarian or minuman. Anak-anak asalnya nak roti, sekali nampak aiskrim, terus tukar pilihan. Then kami oder sandwith tuna, sedap and harga pun kira ok. Ruang makan luas dan selesa. Ada ruang indoor dan outdoor.

Comot sunguh Muqri makan aiskrim!

 

Selesai makan, anak-anak memujuk nak main dulu. Ada disediakan playground kat sini, so boleh la beberapa minit bagi peluang anak-anak main sebelum balik.

Cuma perlu hati-hati, kawasan nih anjing dan binatang peliharaan boleh dibawa masuk, kecuali ruang cafe indoor. So kalau nak duduk makan, duduk di dalam ye.